from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 5-Aug-2010 02:02 Email | Share | Bookmark
burger malaysia

 
 
ni ler antara menu minum ptg yg menjadi pujaan hatiku sedap bebangat tapi tak lar buat selalu ya kebetulan sehari sebelum tu breakfast buat nasi lemak mmg sengaja buat sambal ikan bilis lebih...kalau kita tak buat burger malaysia, kita tanak pulak pulut makan dgn sambal...mmg semua menu utk menambah berat badan ya





Quote:
Resepi : Burger Malaysia, yani MyResepi
Bahan-bahan ( 8 biji ) :
*200g tepung gandum
*140ml susu/ air
*2 sudu besar butter/margerin
*2 1/2 sudu besar gula halus
*1/2 sudu kecil garam
*2 sudu kecil dry yeast
minyak untuk menggoreng
- sambal ikan bilis
- timun
Cara-cara :
1.Masukkan ke dalam mangkuk bahan-bahan (*). Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2.Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
3.Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
4.Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net