from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Jul-2010 12:40 Email | Share | Bookmark
Rich Marble Choco Cake Sheila Mambo

 
 
kita dok cari resepi kek yang en asben blh makan tu yg terjumpa kek nih kat rumah ika(bangkok) tapi resepi nih dah merata berjalan la...thanks to tuan punya resepi...kita pun copy resepi nih kat rumah ika...kita pun kurangkan sikit gula

setakat nih,resepi marble cake coklat..pada tekak kita la...resepi nih yg paling sedappppp... very moist & sbb guna coklat masakan kan...mmg terasa betul tang cekelat kek nih gambo kek tu nmpak la sememeh...sbb nya dah lewat...elok2 suam2 kuku kita terus potong...sbb dah time en asben blk dr opis nak minum ptg





Quote:
Resepi : Rich Marble Choco Cake Sheila Mambo (http://kurniaanmu.blogspot.com)

Bahan-bahan :-
125 gm dark coklat, dicincang dan dicairkan
125 gm mentega
125 gm gula kastor (kurangkan 115g)
2 bj telur, dipukul ringan
155 gm tepung naik sendiri
80 ml susu cair (tukar fresh milk)
1/2 sdt esen vanila

Cara-cara :-

Panaskan oven terlebih dahulu.
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan telur sedikit demi sedikit dan esen vanila. Pukul lagi.
Tuang susu dan selang seli dengan tepung. Gaul adunan sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian dimasukkan dark coklat yg telah dicairkan. Manakala satu bahagian dibiarkan kosong.
Griskan loyang. Tuang adunan plain diikuti adunan coklat. Lakukan sehingga habis kesemua adunan. Lorekkan dgn garfu atau toothpick untuk menampakkan corak.
Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan bolehlah dihias dengan topping.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net