from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-Jul-2010 09:21 Email | Share | Bookmark
pizza

 
 
 
sesekali buat pizza sedap jugak..... bila takdak mood la nih nak masak nasi

kali nih wat pizza nih nipis2 skit...kalau yg tebal tu mkn sekeping pun rasa nak terlentang kenyangnya yg sekeping lagi satu buat ghupa mickey mouse....utk arina & aira tapi bila dah terover tepek cheese abis tinga mickey tu tertutup ngan cheeseeeeee






Quote:
Resepi : Pizza
Bahan-bahan ( loyang 11" ) :
** Untuk doh pizza **
200g / 2 cawan tepung gandum
20g / 2 st yis segera
3g / 1/2 st garam
5g / 1 st gula
10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
1/2 cwn air suam untuk menguli
** Untuk sos pizza **
1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato - cincang halus
2 sb minyak masak
3 sb tomato puri
2 sb sos tomato
3/4 st gula
1 st oregano
garam & gula
** Untuk Topping **
Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
Lada benggala hijau atau merah, tomato
Cendawan butang, bawang besar, nenas
Keju untuk pizza
Cara-cara :
Untuk doh pizza
Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza
Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.
Untuk sos pizza :
Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net