from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Jul-2010 20:23 Email | Share | Bookmark
crepes western vs lempeng melayu

 
 
wat minum ptg semalam

kita try resepi crepes (jumpa kat rumah hana,jopun) suka rasa crepes yg lemak2 & manis just nice...makan ngan aiskrim...sedapppp....kita suker wat nipis2 lagi sedap tapi resepi nih mmg untuk satu adunan jer,dapat la 4keping sekejap jek arina & aira habiskan

pastu untuk en asben kena lar buat benda lain,dah crepes ank dara dia perabiskan kita wat lempeng ler xpress lagi pun lunch buat kari ayam jadi blh lar buat kuah cicah ngan lempeng







Quote:
Resepi : crepes (hanamemories.blogspot)
Bahan-bahan :
50g tepung gandum
20g gula
1 biji telur
150ml susu segar
10g butter - cairkan
setitik esen vanila
Inti - ikut citarasa masing2
Aiskrim
Whipped Cream
Coklat cair@Hersheys
Honey@marple syrup
Gula aising utk tabur - optional
Buah2an pilihan - pisang, strawberry, blueberry, mulbery, beri-beri (ade ker?? hahaa..) or etc

Cara-cara :
Dalam mangkuk, masukkan susu dan gula. Kacau hingga gula larut.
Kocok2an telur dan masukkan. Kacau. Kemudian masukkan tepung.
Akhir skali masukkan butter cair dan esen. Sebatikan adunan kemudian tapis.
Tutup mangkuk dengan plastik wrap. Perap dalam peti ais lebih kurang sejam.
Panaskan kuali non-stick. Lengserkan butter. Ambil sesenduk adunan. Tuang ke dalam kuali kemudian lenggang2kan ketepi sama rata.
Biarkan sebentar sehingga bhgn tepi keperangan. Kemudian terbalikkan. Permukaan akan kelihatan seperti panau bertompok2 putih. Masak lagi sebentar kemudian angkat. Letak di atas pinggan dan buat sehingga habis. Crepe yang sudah siap dimasak, tidak mengapa disatukan kerana ia tidak akan melekat.
Untuk hidangan - Ambil sehelai atau dua helai crepe, paipkan whipped cream atau scoopkan aiskerim. Kemudian buah2an dan juga coklat cair.
Lipat kiri dan kanan seperti bentuk kon atau boleh juga digulung atau lipat 4segi. Sedia untuk di ngap!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net