from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Jun-2010 14:17 Email | Share | Bookmark
tauhu jepun & roti jala

 
 
 
ari tu kita gi asia market...seronok tak terkata jumpa cincau..terus kita buat air bandung cincau...lepas rindu nak minum bandung cincau kat oversea nih sedap bila buat air bandung sbb fresh milk kat sni sedap lemak berkrim pastu kita beli ler tauhu jepun 3 tiub...kita wat masak sambal tapi ala2 masam manis...sedappp kita suker..biasa tak sempat makan dgn nasi...ratah jek sodapppp cuma bila goreng tauhu jepun kena lar berlemah lembut sikit,sbb tauhu jepun nih mmg betui2 fragile

ptg pulak kita menjala...kebetulan sebab ada kuah kari ayam...kita mmg selalu mengelat bab masak2 nih bila buat kari ayam nak makan ngan nasi,selain dari ayam & kentang saiz biasa tu,kita masuk skali ayam yang potong kecik2 & kentang comel2 nak makan ngan roti jala......tu lar senang untuk kita






Quote:
Resepi : Tauhu Jepun Masak Sambal Masam Manis
Bahan-bahan :
3 tiub tauhu jepun
3 sb pes lada kering *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
* kisar halus
sos tiram
sos cili
sos tomato
asam jawa
garam & gula
Cara Membuatnya :
- tauhu jepun dipotong 1 inci tebal dan digoreng,siap masak,toskan.
- panaskan sikit minyak dan tumis pes lada sampai masak.
- masuk semua sos, asam jawa & bahan perasa.kalau pekat tambah air,buat berkuah sikit.
- masuk daun bawang.adjust ikut selera, masukkan tauhu jepun dan biarkan dalam 5 minit. siap

Resepi : Roti Jala
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan fresh milk
1 biji telur
1 st garam
sedikit pewarna kuning
Cara Membuatnya :
- Sapu sedikit minyak atas non stick pan.
- Blend semua bahan di atas dan jala atas api sederhana.
- Masak sebelah sahaja tak perlu diterbalikkan angkat dan terus lipat mcm biasa


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net