Want your
own Fotopage?








 
from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-May-2010 17:03 Email | Share | Bookmark
minum petang....keledek goreng dengan sambal kicap dan kopi o'

 
nikmat betul minum petang dengan keledek goreng cicah sambal kicap sambil minum kopi o' hehehehehe..... actually siap ada pisang goreng...tapi pisang goreng tak sempat nak ambik gambo dah missing in action

kita kalau buat keledek goreng atau pisang goreng nih mmg suka buat bancuhan tepung tu sendiri,ada gak try yg tepung goreng rangup segera tu tapi tak berkenan kat tekak nih cara kita buat bancuhan tepung tu,mula2 panaskan minyak dulu. masukkan tepung dalam bekas, campurkan dengan garam & serbuk kunyit di gaul rata. lepas tu masukkan air sejuk hingga jadi pes tapi biar pekat skit, lepas tu masukkan sesenduk minyak yg dah panas tadi, masa masuk minyak panas nih kacau cepat2 dalam bancuhan tepung takut kang bocor pulak besen plastik tu kacau hingga dapat pes yang leh celup keledek atau pun pisang






Quote:
Resepi : Sambal Kicap
cili padi
bawang putih - jgn banyak sangat
minyak masak
kicap pekat
garam & gula
Caranya :
Goreng cili padi & bawang putih dalam minyak panas (tutup kuali masa menggoreng). Goreng hingga cili padi tak meletup2 lagi dalam kuali tu. Alihkan dari kuali & sejukkan.
Bila dah sejuk masukkan dalam blender. Masukkan kicap pekat,garam & gula,blend hingga halus. Simpan dalam esbok dan boleh tahan lama.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net