from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Mar-2010 18:19 Email | Share | Bookmark
daging black pepper & mee hoon soto

resepi daging masak black pepper nih sedap sesangat resepi dari kak nor & nak buat pun senang tapi masa makan tu match dgn sambal belacan apa lagiiiii menitik2 air mata makan mana tak nya lada hitam lawan sambal belacan...podeeehhhhh lerrrrr yang lagi satu tu mee hoon soto tapi masa nak buat sambal kicap tu cili padi pulak dah habis terpaksa lar kita menukar kepada sambal lada masam manis yang orang utara makan dengan mi hun sup,pun sodapppp blh makan dgn soto




Quote:
Resepi : Daging Black Pepper,nor_67@myresipi.com
Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan ) :
500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 cawan air
1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng
Cara-cara :
1.Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng. 2.Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
3.Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
4.Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
5.Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net