from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Feb-2010 13:34 Email | Share | Bookmark
kuih keria & cek mek molek

kuih keria nih kita buat utk minum petang tapi sbb sni still sejuk sejat...minum petang kul 5.30pm tapi kat luar dah gelap gulita
resepi nih dah lama kita simpan tapi nak tunggu mood nak uli kuih nih..adoiiii la liat betuiiii bila dah siap,makan bukan main lagi...hehehehe....utk resepi nih kita guna untuk godek kuih keria & kuih cek mek molek bezanya tambah gula jek kat dalam,kan sonang kereja tapi kat sni kan ubi keledeknya kaler kuning terang benderang!!! mayb kita yg tersilap pilih ubi keledek sbb kat sni ada 3-4jenis ubi keledek...spesis terang benderang nih sedap kalau goreng celup tepung cicah ngan sambal kicap nnt kita beli ubi keledek cap lain pulak




Quote:
Resepi : kueh keria,quinnie@myresipi.com
Bahan-bahan ( 15 biji ) :
500 gm keledek (saya buat keledek merah + putih)
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
Cara-cara :
keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
toskan keledek dan lecek hingga lumat.
campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah dianggkat.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net