from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Feb-2010 12:10 Email | Share | Bookmark
mackerel bakar & ayam paprik kelantan style

menu utk lunch.....ikan mackerel kita bakar cicah ngan air asam & lagi satu menu ayam masak paprik tapi yg nih kelantan style. mackerel bakar nih kita try resepi yg siap ada sambal & pada tekak kita lepas dah try test lagi sedap kalau makan dgn kicap yg dipotong bawang tambah cili api & perah asam limau
lauk lagi satu nih ayam paprik kelantan style,mmg dah lama simpan resepi cuma bila ler nak buat so kita godek ler ari tu...pada tekak kita nih rasanya lebih kurang mcm ayam masak cili padi cuma takda santan & ditambah daun limau purut,tapi mmg sedap tak rugi mencuba resepi nih





Quote:
Resepi : Ikan Bakar dr MyResepi,junjs11 (resepi asal dr kak liza)
Bahan-bahan ( 3-4 org makan ) :
1 ekor ikan (bawal/merah)
1 serai-diketuk
daun limau purut-dihiris
air asam jawa
daun pisang dan aluminium foil
bahan2 kisar:-
@5 cili merah
@5 cili kering
@5 cili api
@5 biji bawang merah
@3 ulas bawang putih
@3 batang serai
@garam
Cara-cara :
panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam. letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

Resepi : Ayam Paprik dr MyResepi, tokey besar MyR k.yani
Bahan-bahan ( 2 orang ) :
1/2 ekor ayam
[ Bahan kisar ]
1 inci kunyit
2 batang serai
10 biji cili padi
3-4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
sedikit belacan
[ Bahan hias ]
4 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
sedikit garam, gula dan perisa
1 keping asam keping
Cara-cara :
Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
Goreng ayam sehingga separuh masak
Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
Masak sehingga ayam masak sepenuhnya


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net