from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 14-Feb-2010 12:44 Email | Share | Bookmark
Soft Marble Cake

kek nih projek ari khamis,ni la jadinya bila dok melawat kawasan pi jalan2 blog kengkawan asal berkenan & terliuq jek kena ler godek kek nih jumpa kat blog kak za ---> zaliana.blogspot lawa betui ler rupa kek nih kat blog kak za..nmpak menarik tu yg try
masa kita dah campur bhn2 tu nmpak mcm tepu so kita tambah ler susu dalam 3sb (ampun ya kak za sesuka ajer adjust resepi) tp hasilnya mmg sedap & mmg lembut. lepas dah bg kat kwn2 opis en asben pun ada lagi 1/3 kek nih....so en asben tapau gi main badminton hari jumaat...mcm biasa lar klu tapau gi badminton mmg sah licin



Quote:
Resepi : Soft Marble Cake, sumber zaliana.blogspot.com
Resipi asal oleh Puan Aini Salim.
Bahan-bahan:
270gm mentega
250gm gula kastor
260gm tepung gandum
1 camt baking powder
6 biji telur
2 camb susu pekat manis (condensed milk)
1 camb ovalette
1 camb air
1 camt esen vanila
10gm serbuk koko
1 camt chocolate emulco - optional tapi kalau ada lagi bagus untuk mendapatkan warna
cara membuatnya :
1. griskan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 atau 20-23 cm springform. ketepikan
2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan ketepikan
3. satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak jatuh). ketepikan
4. kemudian satukan telur ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata
5. masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4 dan kacau rata
6. keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. kacau sehingga sebati
7. masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin kek dan 1 senduk adunan cokelat
8. ulangi sehingga habis adunan digunakan
9. ambil chopstick dan buatkan bentuk marble
10. kemudian bakar pada suhu 180C selama 45-50 min atau sehingga masak
11. setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 min
12. selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong kek tadi


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net