from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-Jan-2010 12:09 Email | Share | Bookmark
menu kedai makan

last week tetiba jek angin rajin dtg menyapa kat dapur kita pun dah lama tak masak mcm2 kat rumah,maklum ler yg makan berdua jek tu yg 'malaszzzz' nak masak lebih2

kita pun buat ler menu yg biasa order kalau makan kat kedai makan kat m'sia kita buat tom yam,ikan masam manis,paprik ayam,sotong celup tepung siap dgn sambal belacan puas hati makan.....


resepi utk paprik ayam tu, makyong dr MyResepi....
Bahan-bahan ( 4 ) :
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
bahan2 perasa
Cara-cara :
Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net