from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Nov-2009 22:31 Email | Share | Bookmark
baked pasta

last week masa tgk tv,nmpak la rachel ray masak utk dinner....baked pasta dah lama tak buat nih,rasanya last buat 2006!!! bkn la malas nak buat,tapiiiiiii en asben mmg tak gemor ler makanan cenggini so klu buat pun apa lagi kita jugak yg kena perabis sensorang, arina pun lum berani nak cuit2 lagi & kebetulan mmg perwakilan ladies pun ada aktiviti pagi sabtu,so friday nite kita pun godek ler kejap,ada la buah tgn blh bawa sikit time gather2 tu.oleh kerana takda stok mince beef jadi kita tukar la resepi letak ayam yg dipotong kiub,sodap jugak sbb kita sagat sebuku cheese tu sampai habis mana la tak sedap...mmg menjilat jari & sudahnya 1/4 kita sorang yg makan

kalau sesapa nak try blh lar guna resepi kat bawah nih, selalunya yang kita buat,masa tumis bawang tu kita masuk sekali lada merah 4biji biar pedas sikit

Resepi : Easy Pasta Baked, mutiarazura,MyR
Bahan-bahan :
500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin sedang tomato puri
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala - didadu
1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
1 batang carrot – didadu
1 batang celery – didadu
1 sudu teh herba Oregano kering
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun
Garam dan gula secukup rasa
Bahan sos putih :
2 sudu besar butter
1 sudu besar tepung gandum
2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
Secubit lada hitam dan garam
Cara-cara :
Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
Buat inti daging :
Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
Buat sos putih.
Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
Cara melapis :
Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan.





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net