from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 4-Jul-2009 10:37 Email | Share | Bookmark
nasi minyak vs ayam kari kapitan

ni lar menu hari minggu...en asben ada kat umh,makan nasi usually 2x jadi berbaloi ler nak buat nasi minyak bini dia nih kan 'rajin' tu yang hari minggu jek makan yg pelik2 skit


nasi minyak vs ayam masak kari kapitan


ni ler ayam kari kapitan...sedap hingga menjilat jari (pada tekak kita sedap lerrr)


ni lar acar yg biasa buat pun...acar mentah..yg acar 'complicated' tu mmg tak reti nk buat


Resepi Ayam Kari Kapitan
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
15 tangkai cili kering
10 biji lada besar merah
4 biji buah keras
10 ulas bwg merah
1 labu bawang putih
santan dari 1 biji kelapa
3 batang serai
1 senduk minyak
sedikit garam dan gula
belacan sebesar ibu jari
sepotong limau nipis
Cara-cara :
Ayam dipotong kepada 12 bahagian atau mengikut suka.Kelapa diperah dan asingkan pati santan dan santan cair.
Cili kering,lada besar merah,buah keras,bawang merah,bawang putih dan belacan dikisar halus.
Panaskan minyak dalam kuali,tumiskan bahan2 kisar.Setelah bahan kisar elok kuningnya,masukkan ayam. Biar api sederhana sahaja & tunggu hingga ayam empuk.Setelah empuk masukkan santan cair serta serai yang telah dititik.
Apabila santan sudah kering sedikit,masukkan pati santan.Diikuti dengan garam & gula.Rasa masin dan manisnya. Apabila hendak diangkat,perah asam limau nipis dan boleh dihidangkan dengan nasi. Sesuai dimakan bersama nasi minyak & acar nenas timun.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net