from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 16-Oct-2008 13:42 Email | Share | Bookmark
menu lepas raya ;)

raya ari tu dok makan mcm2 ni dah lepas raya mmg takda mood nak makan nasi,kebetulan en asben pun sama 2x5 takdak mood nak makan nasi hehehehe.....lagi sonang lar keroja jadi kita godek2 ler apa2 yg patut untuk ditelan. ari tu try wat bun kacang merah sib baik jadik & wat pasta makan ngan sup very simple,makan pun berdua ngan arina, en asben mmg tak lalu ler nak telan pasta jadi utk dia kita wat ler laksa penang,baru ler adil & saksama ngeh ngeh ngeh

jom kita cuci mata & sapa2 yg nak try buat ada resepi kat bawah tu


bun kacang merah

sup pasta ringkas..mmg simple glerrr

mee suah nih masak ngan oyster sos...mmg xpress

rendang daging,pas raya baru ler ada rendang terbalik ler pulak ni makan ngan pulut

Resepi : Bun Kacang Merah, MyResepi oleh Mat Gebu
Bahan-bahan ( 12 biji ) :
120 ml air
250 g tepung roti
30 g telur
10 g susu tepung
40 g mentega
40 g gula kastor
1/2 camca teh garam
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver dan 1/2 camca teh bread softerner (optional)
BAHAN2 LAIN:-
Inti kacang merah secukupnya
Sedikit mentega utk disapu
Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan mengikut turutan kecuali "BAHAN2 LAIN", ke dalam bread maker. Pilih setting utk doh dan on kan. Tunggu sampai siap.
Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Bahagi 12 dan bulat2kan. Rehatkan 10 minit.
Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda (lebih kurang 35 minit). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 12 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.

Resepi : Sup Pasta Ringkas, MyResepi oleh Mat Gebu
Bahan-bahan ( 4 orang )
300 g pasta kerang, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
1 keping dada ayam, didadu*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
10 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu
1 biji ubi kentang, didadu sederhana besar
2 liter air
2 kiub ayam "MAGGI"
1 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN TUMIS:-
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji pelaga
1 batang leek, dihiris halus
4 ulas bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
BAHAN HIAS:-
Bawang goreng
Hirisan daun sup/bawang
Hirisan cili padi (jika suka)
Cara-cara :
Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan masukkan kesemua bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau goreng utk 1 minit. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biar masak atas api sederhana hingga kentang 3/4 empuk.
Kemudian masukkan ayam, serbuk lada sulah dan perasakan dgn garam secukupnya. Biar mendidih hingga daging ayam masak dan kentang empuk.
PENYEDIAN PASTA:- Dalam mangkuk, isikan pasta secukupnya, tuang kuah dgn isi2nya sekali dan hias dgn bahan hias sebelum dihidangkan. Jika tak tahan pedas tak payah bubuh hirisan cili padi tadi


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net