from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Sep-2008 02:45 Email | Share | Bookmark
sepetang ku marathon di dapur...ngeh ngeh ngeh

apa mimpi ntah semalam, tetiba angin kus2 rajin datang melanda memula tu dah kuar ayam,ikan & sotong nk nunggu defost,pastu dok melangut sat kat dapur dok memikir nak masak apa eh??? ni ler masalah yg membelenggu time bln posa nih...kekeke...fenin2 nak masak apa!!!
pastu pe lagi...meh kita merayap umh kengkawan nengok apa yg durang dok godek kat dapur,pastu baru ler dapat ilham & idea2 yang cukup bernas
ayam masuk blk dlm freezer,dirimu tak laku ptg semalam dah kuar ikan kembung,wat ler kembung masak kuali (ni resepi che'iza) manyak sedapp oooo wat kerabu sotong pastu ada pisang kat dapur,memula nak buat lepat pisang nengok2 kat luar dok ujan maleh ler pulak nak redah ujan ambik daun pisang,tukor ler resepi jadik lengat pisang nengok umh shima ada kopok lekor,ikan kembung pun golek2 lam sinki pe lagi terus ku kerjakan cuma biskut nestum kismis tu yg kita buat 2 ari lepas,sedap & wangi jek bau biskut nih
petang2 lak sll dok godek air sirap jek,tukor selera ler pulak wat air sirap bandung walaaaaa puas hati makan semalam kenyang kebuntat


1st biskut raya...ngeh ngeh ngeh...biskut nestum kismis

kembung masak kuali...ayarkkk manyak sodappp,ni resepi geng buyungku che'iza

kerabu sotong

lengat pisang..makanan org kedah..mmg glam time bulan posa kuih nih

keropok lekor versi hobbit ...tergugat imanku pas nengok kat FP shima

air sirap bandung...sekali telan 3 gelas...naga ke hapa!!!

Resepi : Kembung Masak Kuali,che'iza MyR
Bahan-bahan :
1/2 kg ikan kembung (ikan cencaru,selar@tongkol pun sedap).
4 sudu besar lada boh / cili giling
* 3 biji bwg merah
* 3 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci kunyit
* 1/2 inci lengkuas
* 2 btg serai
1 sk halba
1/3 cwn santan pekat
2 sb air asam jawa
garam, gula and perasa
Cara-cara :
Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan ikan yg telah siap digoreng.
Kisar bahan bertanda *. Dgn menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi (keluarkan sikit minyak kalau byk) tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan lada boh tumis hingga garing. Masukkan air asam jawa n halba. Jika tumisan agak kering boleh masukkan sedikit air.
Masukkan ikan yg telah digoreng tadi juga santan. Akhir sekali masukkan garam, gula n pak aji.

Resepi : Kerabu Sotong,mutiarazura MyR
Bahan-bahan :
300 gm sotong – potong cincin
1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis
5 urat kacang panjang – dipotong anggaran 1-2 cm
1 biji tomato – dipotong kecil
1 batang serai – dihiris halus
2 biji cili merah – dicincang kasar
5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
3 sudu besar sos ikan
1 ½ biji limau nipis
Segenggam daun ketumbar
Gula nira (Kelantan) atau gula Melaka atau gula merah yang telah dicairkan dengan air – secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan.
Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu. Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis. Gaul rata dan rasa supaya dapat balance masam, manis dan masin mengikut selera.
Kerabu ini enak dihidang sejuk.
NOTA : Semua sukatan adalah anggaran, boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Elok dimasinkan sedikit supaya sesuai rasanya bila dimakan dengan nasi putih. Secret ingredient untuk kerabu ini ialah gulanya, jangan pakai gula putih.

Resepi : Biskut Nestum Kismis,sheila rusly (sekut raya artis nih... )
Bahan-bahan :
250g butter
100g kismis
3 cawan tepung gandum
3 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
2 biji telur saiz A
Cara-cara :
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur esen vanilla, pukul lagi.
Masukkan tepung dan nestum, gaul.
Masukkan pulas kismis dan uli adunan ikut bentuk yg digemari.
Bakar pd suhu 180 selama 20 minit.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net