from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Sep-2008 16:46 Email | Share | Bookmark
roti sosej & taufu sos tiram


roti sosej nih senang bangat nak membuatnya...nih resepi CMG resepi cam nih tersangatlah pentingnya buat org yg berat tulang temulang & emergency nk prepare minum ptg...ngeh ngeh ngeh


taufu sos tiram ni pulak...lebih kurang resepi campak2 tapi tak nampak taufunya lebih byk sayur ler pulak

Resepi : Roti Sosej & Sos Unik, CMG MyR
Bahan-bahan ( 8 ketul ) :
8 keping roti sandwich
8 batang sosej ayam, celur dan toskan
2 biji telur
1/2 camca teh serbuk lada sulah
2 camca besar bijan
1 camca besar tepung gandum*
Sedikit air*(*disatukan hingga menjadi pes)
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS UNIK:-
2 camca besar mayonise
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 ulas bawang putih, dicincang halus
10 biji jeruk capers, dicincang halus
Cara-cara :
ROLL SOSEJ:- Gelek setiap keping roti hingga leper dan nipis. Letak sebatang sosej dan gulung. Letak sedikit pes tepung pada hujung roti dan habiskan menggulung. Pes bertindak sebagai gam.
Bancuh telur dan serbuk lada sulah, kacau hingga rata. Celup roti tadi dan gelek dengan sedikit bijan (bijan nih kita ganti ngan breadcrumbs).
Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Hidangkan bersama "sos unik".
SOS UNIK:- Satukan semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Hidangkan bersama roll sosej...Selamat mencuba... (yg nih maleh nk buat..makan ngan sos cili thai...sedappp)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net