from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-Aug-2008 05:23 Email | Share | Bookmark
menu ari cuti

semalam kan 14hb...kat sni ada celebration Pakistan Day...tapinya kami mcm biasa lar dok terperap je lar cuti2 kat umh...kedai mmg sah tak bukak...pastu kat sni time ada sambutan apa2 & ada org ramai gather2 jgn la dok dekat....usually target org nk campak bom...bahaya ooooooooooooo sni org nya beramah mesra mmg mcm tu.....kita main mercun ke bunga api ke...durang xtreme skit suka campak2 bom
jadinya ari cuti cam biasa ler mkn tu yg sekali masak je lar,menu paling senang nasi lemak...muahahahaha ni kira lauk seharian...kekekeke...pastu ptg2 dok uli pau...si kecik nih dah lama tak makan pau...siap2 jek kukus di bantai 3biji dia sorang pastu dalam kul 2pm ada lak invitation dinner kat luar....kita pun selit2 ler buat apa yg patut nk di bawa malam tadi


ni lauk hb...oleh kerana bekalan ikan bilis dah tahap kritikal!!! jadi kita buat ler ayam masak merah mkn ngan nasi lemak...sodap gak

1st time buat pau guna tepung gandum...pasal tu kot kaler nyer cekelat2 skittt

lunch utk kita lak.....fillet & sayur...ni kes tergoda ngan fillet k.muna

ni ler yg bawa utk potluck mlm tadi...double choco doughnut

Resepi : Double Choco Doughnut,yani MyR

Bahan-bahan ( +- 20 biji ) :
1 biji telur
50g gula halus
4 sudu besar susu segar
80g tepung naik sendiri atau (80g tepung gandum + 1sk baking powder)
30g serbuk koko
50g coklat masakan(white chocolate or milk chocolate)
minyak secukupnya
kelapa kering secukupnya.
Cara-cara :
Ayak tepung dan serbuk koko.
Kemudian masukkan susu, telur dan gula ke dalam no.1 tadi. Kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ceduk adunan tadi dengan sudu kecil dan masukkan ke dalam minyak panas. (kalau nak senang guna 2 btg sudu - lebih kurang macam buat jemput2lah).
Gorenglah sehingga masak.
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler. Bila coklat dah cair. Padamkan api. Masukkan donut yg dah siap digoreng tadi. Gaul sehingga rata. Kemudian cover pulak dengan kelapa kering.
Siap utk dihidang. Leh buat milo version,ganti kelapa kering dengan milo
(*** lepas 6jam pun still lembut )


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net