from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Aug-2008 16:07 Email | Share | Bookmark
Projek Kue Tiaw

ari khamis nih nk buat baca yasin kat umh...menu yg dah plan wat masa nih nasi ayam & kue tiaw goreng...jemputan pun tak ramai.....adalah 20org...nk wat dinner nasi putih berlauk cam sakit ler pulak pinggang jadinya wat ler nasi ayam...sonang kojo den dah tu ari nih kita wat ler kue tiaw awal2 klu tak kang tunggang langgang dapur klu buat ari yg sama.. cam ler kita nih sotong kurita byk tgn nk wat semua kj satu masa...sib baik jadik kue tiaw


adunan jadi mcm serbuk roti,kemudian gelekkan dalam mesin mee sampai adunan nipis & sekata


masukkan adunan kat tempat pemotong kue tiaw (gerigi besar) & dah dapat hasilnya


ni ler rupa kue tiaw pas kuar dari mesin mee tu...pastu rebus dalam air panas menggelegak yg dah dicampur minyak sedikit


rebus 3mnt atau hingga timbul di permukaan & dah siap toskan & basuh bawah air sejuk

bila air dah kering skit...gaulkan dgn sedikit minyak supaya tak melekat,simpan lam esbok


menu utk minum ptg cum dinner mee bandung maklumlah baru buat mee kuning kan


Resepi : Kue Tiaw

Bahan-bahan :
350g tepung gandum
150g tepung beras
200ml air
1 biji putih telur sahaja yer

Satukan semua bahan. Pastu ikut la cam gambar kat atas tu

Resepi : Mee Bandung, dagang MyR

Bahan-bahan ( 4 orang )
500g udang kering segar (kita buat rencah skit jek utk 2org makan,kita guna 80g udang kering)
cili kering atau cili giling
gula pasir
bawang merah 20 biji
bawang putih 5 biji
mee kuning 1 peket
sotong basah
telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
Sayur sawi 2 ikat
tauhu goreng 5 keping
garam
air untuk kuah
5 biji tomato segar
minyak untuk menumis
daging lembu ikut suka banyak mana, lagi banyak lagi sedap
Taugeh (celur)
Cara-cara :
Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
Hiris tauhu goreng nipis-nipis
Cuci mee kuning dan toskan
Potong sayur sawi dan tomato
Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam dan rasa secukup rasa.
Tomato,taugeh celur dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
Makan semasa panas
Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net