from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Aug-2008 07:29 Email | Share | Bookmark
lauk pauk weeekend

weekend nih dok umh je...malas pulak nk gi memana...kaki nih cam lenguh2 skit...ptg2 dok melepak kat garden teman si kecik tu main ngan rabbit dia... en asben belikan rabbit utk ank dara dia... sampai 5ekor punya la byk..rabbit nih kan cepat membiak...kita suh beli 2ekor jek...dibeli sampai 5ekor... tak penah ada xprience bela rabbit sblm ni....rupanya kuat melantak baru kutahu beli 2kg carrot tahan la 4ari...leh tahan perut rabbit pakistan nih pastu ingat nk manja2 la nk ler dukung2 belai2...rupanya ganas suka mencekau...camno nih??? nk bg arina main pun takut... nnt2 pas 2bln ok kot...br leh manja2...la nih sesi suai kenal nnt2 bila dah manja skit kita ajk rabbit nih posing2

selain dok ngadap rabbit...kena gak ler masak nk isi perut...masak pun simple2 je lar...apa yg ada lam esbok & siap berprojek mee kuning & jugak telur masin maklumlah dah nk posakan


sotong celup tepung

puding roti sos kastard

sup ayam special

ayam celup tepung

sambal sotong

sayur

teh candu...patut rupanya camnih yg last time tak bape lawo...

mee basah..sedap makan ngan lada jeruk

yg nih kita berprojek mee kuning sbb nk makan mee basah kat atas nih & projek telur masin

mee baru pas kuar dari mesin

rebus sampai timbul di permukaan

tadaaaaa... dah siap gaul skit ngan minyak

pas dah jemur seharian...masuk lam bekas

isi air garam sampai menutupi telur...tunggu agi 3minggu br siap

Resepi : Sotong Goreng Tepung, che'iza MyR
Bahan-bahan ( 3-4 orang )
300 gm sotong
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
sedikit garam
lada sulah
Cara-cara :
Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
Gaul tepung dgn bp. Masukkan sotong yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.
*** kita celup lam telur & tepung 2x lagi rangup & cedapppp

Resepi : Puding Roti Sos Kastard, maya zakry MyR
Bahan-bahan :
Bahan A
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)
Bahan B
4 s/b gula halus
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
1 s/b buah pala *(optional)
Bahan C-kuah
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara-cara :
Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Resepi : Mee Kuning, tuntung15 MyR
Bahan-bahan ( 1.2 kilo mee )
500gm tepung gandum
1 biji telur
Air (sukatan lihat dibawah cara-cara ye)
Sedikit kunyit serbuk
Cara-cara :
Masukkan tepung gandum ke dalam pasta mixer.
Masukkan adunan cecair (1 biji telur + serbuk kunyit + air = 220ml).
'On' kan mesin & mee kuning pun keluar.
Rebus mee kuning dalam air mendidih selama 2-3 minit. Jangan rebus lama nanti mee akan kembang.
Tapiskan mee kuning dan cuci dengan air paip.Gaul mee dengan sedikit minyak untuk mengelakkan mee melekat.Itu jer la caranyer. Mee ni tidak bergaram. Jadi pandai-pandai lah adjust garam masa memasak nanti.
*** kita guna mesin pasta manual ajer & masuk garam skit dalam adunan air klu buat 250g tepung blh dpt 750g mee kuning

Resepi : Telur Asin, sya annur MyR
Bahan-bahan ( 5-10 ) :
10 biji telur
garam
air suam
Cara-cara :
Bersihkan telur & jemur seharian
Masukkan garam & kacau bersama air suam sehingga nampak agak likat. Agak2 kemasinan garam
Masukkan air kedalam bekas, masukkan telur. Pastikan telur tenggelam dalam air. Tutup bekas & letakkan ditepi.Selepas 2 ke 3 minggu, bolehla direbus. Ini bergantung kepada kadar kemasinan air garam tadi.

Resepi : Sup Ayam Special
Bahan-bahan ( 8org )
1 ekor ayam potong 16
1 labu bwg merah
2 ulas bwg putih
1 inci halia
sebatang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 iji buah pelaga
2 bj kentang
1 btg lobak
1 mangkuk air panas br masak
lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
daun sup, daun bawang & bawang goreng
Cara-cara :
Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang


Quote:
k.noor : ni mmg terpaksa wat sndr yg dijual tu tak pasti bersih ke tak
k.hajar : sungguh ganas ideamu iteww mensatekan rabbit2 ku :lol_teethfull:hahahaha
k.tie : mmg saja bela suh mkn rumput2 lalang kat laman umh ni haa.. maklum ler tn umh nyer 'rajin bebenor'
ciklinn : copy no problemo...jgn suh akak masakkan sudahhh
k.muna : kekeke...itu teh candu kaluuu...sudah cerita sama entry lepas lar
farah : sama rasa cam teh tarik..cuma lawo klu nk elak letup2 kena toskan sotong tu betul2 kering br leh guling2kan lam telur & tepung
k.ct : ada cara buat kat entry sblm nih...klu minum byk dikhuatiri akan fenin2 langau seperti terkena candu
dila81 : ni 2nd time br berjaya a'a nnt pas curah air teh tu otomatik ler buih tu naik atas & jadik 3kaler
fiza : puding roti tu mmg best...nak2 tang kuah kastard nyer tu..mkn sejuk2 beshhh


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net