from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 4-Jun-2010 21:39 Email | Share | | Bookmark
ikan bakar ala nyonya

 
 
last week pergi berjalan ke area howth,tempat jual brg2 basah especially seafud kiterrr suker tempat nih,mmg jual seafud fresh...terjumpa ikan ketuka ( kalau yg besar panggil pari ) kita beli lar,selalu bakar cicah air asam,tapi kali nih try resepi cikmatgebu...CMG yg kita tertengok masa singgah umh hana (jopunnn), resepi pun kita copy dr umah hana alang2 ada ikan ketuka nih leh lar kita try pada tekak kita sedapppp tapi kena perah asam limau & buat pedassssss makan pulak time panas2 dgn nasi panas...layannnzzzz mesti lagi sedap kalau bakar original dgn bara api....




Quote:
Resepi : Ikan Bakar Ala Nyonya,CMG
Bahan-bahan :
2 keping ikan pari (anggaran 500g), perap dengan garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, siaz besar
2 kuntum bunga kantan, hiris halus
2 helai daun limau purut
1/2 cawan santan
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci lengkuas*
1 hirisan nipis halia*
2 biji buah keras*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci belacan, dibakar*
1/2 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)
Cara Membuatnya :
PES REMPAH :Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga menjadi pes. Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.
UNTUK IKAN BAKAR :Bentangkan sekeping aluminium foil, alas dengan daun kunyit. Pes rempah dibahagi kepada 4 bahagian. Ratakan 1 bahagian pes rempah tadi dan tabur hirisan bunga kantan. Letak sekeping ikan pari, lumurkan dengan 1 bahagian lagi pada keseluruhan ikan, tabur dengan bunga kantan. Bungkus kemas2. Buat kaedah yang sama untuk yang lagi satu.
Bakar ikan tadi atas api bara hingga masak, kurang lebih 15 minit untuk setiap bahagian. Atau boleh juga dibakar dalam oven. Bakar dalam kuali pun ok, cuma kalau guna api bara, bau dan rasa dia lagi sedap. Enak dimakan begitu saja atau boleh juga perahkan jus limau kasturi lagi sebelum dimakan....yumm yumm!!..


Friday, 4-Jun-2010 18:12 Email | Share | | Bookmark
lengat pisang & meatballs & eggplant in tomato sauce

 
 
 
lama dah tak buat lengat pisang nih.....bila dok sni,pisangnya bersih,besar & gebus2 tu yg rajin melepat,tapi kat sni takleh lar melepat original dgn daun pisang,bkn ada pokok pisang belakang rumah pun tu yg kita terus campak semua dalam loyang & kukus....sonang kerija

resepi lagi satu nih 'meatballs & eggplant in tomato sauce' terkenan kat rumah dak ika (bangkok),pastu lama dah salin resepi tapi dok q je la bila la nak buat,pastu kebetulan ada gather2 tu yg buat sebekas tapi bila dah start makan,segan pulak nak ambik gmbar tgh org tapi sedap sekali sekala layan western....bessssttttt....pastu sila lar berlari 10km melampau2 cheese gi tepek atas tu,sampai eggplant tu pun tenggelam....hehehehehehe







Quote:
MEATBALLS n EGGPLANT in TOMATO SAUCE
Sauce Recipe-adapted from Jamie O TV program & also to Ijan,Finland

Untuk meatballs
500 gm daging lembu kisar – kite guna daging kamben yg dikisar>>Kita ika guna daging lembu masuk semua sekali dlm FP
1/2 teaspoon serbuk jintan manis
1/2 teaspoon serbuk ketumbar
1/2 teaspoon serbuk cili
2 genggam breadcrumbs
1 telur -kite tak letak
1 tablespoon daun oregano kering/fresh
1 tablespoon daun rosemarry dicincang – kite tak letak
garam
1 teaspoon serbuk blackpepper
Untuk tomato sos :
1 tin tomato cincang
1 biji bawang besar di cincang
1 bawang putih dicincang
1 teaspoon daun oregano kering
garam
Untuk dibakar :
mozarella cheese
grated parmesan
Sediakan meatballs: Campur semua bahan dalam bekas besar. Gaul sebati. Bentuk2 kan meatballs sebesar bola sepak tenis sehingga habis. Dalam kuali, panaskan sedikit minyak (kite guna dlm 5 camca besar) dan goreng semua meatballs sekaligus. Goreng lebih kurang 5 minit on all sides.
Sediakan sos tomato: Panaskan sedikit minyak dlm kuali/periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan tomato, oregano dan garam. Gaul sebati dan biarkan mendidih. Tutup api.
Pindahkan sos tomato ke dalam bekas yang sesuai untuk di masukkan dalam oven. Susun meatballs di dalam sos tomato tersebut dan taburkan mozarella dan grated parmesan cheese di atasnya. Bakar pada suhu 220′C selama lebih kurang 15 minit atau sehingga bahagian atas nya bewarna kekuningan. Siap


Tuesday, 1-Jun-2010 19:30 Email | Share | | Bookmark
strawberry farm

 
 
 
View all 6 photos...
last week kita pergi ke wexford,dok jenguk stobery farm best sangat2 mmg nak kena pergi lagi nih tuan tanah tu sporting & very nice, asben dia Mr Tom & wife dia Elizabeth, farm kat sni moden dah tak payah pagi2 cerah tanah nak siram pokok stobery, semua computerized, bila nak siram pokok atau letak baja, semua setting kat computer jer, tuan tanah bz masa nak petik buah jek, seronok betulllll tgk buah stobery bergayutan
kalau nak tau stobery yg manis,mesti petik buah yg merah sampai ke bucu/hujung buah kalau masih hijau skit pun akan masam. kat sni pulak tanaman stobery di buat atas para,kiranya buah tu bersih tak kena tanah nak beli stobery kat sni yg paling seronok,ambik bekas gi petik sendiri yg lagi best sambil2 petik masuk bekas dok sibuk jugak masuk mulut memang kekenyangan betul makan stobery..puas hati
kat farm nih pulak ada 7 jenis buah yg hujungnya 'bery'... ada stobery,rasbery,white berry,logan berry, tayberry lagi 2 nama tak ingat daaaaa bila ada stobey farm mesti ada jam kan hb & wife nih jugak ada buat jam stobey & mix fruit jam semua guna buah2 yg ada kat farm durang nih,kita beli lar sebotol yg still warm,sbb baru siap beberapa jam sebelum kami sampai












Tuesday, 25-May-2010 21:35 Email | Share | | Bookmark
rihanna's concert...tour in dublin ;)

 
 
 
semenjak dok dublin nih,kita sibuk berpoya2 senang hati leh gi concert...leh tgk movie..ini namanya balas dendam...dolu2 kat pakistan jgn kata movie ke nak tgk concert...nak kuar umah pun tak blh durang dok sibuk lempar bom!!! skang kita blh lar berpoya2 skit....kekekekekeke

hari sabtu lepas kita gi tgk concert rihana kat O2 dublin...ada artis jemputan pixie lott yg sangat2 comeiiiiiii suara pixie lott live mmg best!!!! pastu baru la muncul rihana lepas delay sejam,rasanya kita blh balik dinner kejap kat rumah concert rihana not bad,siap dgn mcm2 props tambah dgn dancer yg ligat sakan.... tapi sayang....rihana semput tgh menyanyi tapi mmg confirm rihana tak blh masuk m'sia...seksi maut...hahahaha but overall puas hati...enjoy












Monday, 24-May-2010 09:51 Email | Share | | Bookmark
nasi temasek & ayam berempah

 
 
salam pagi senin yg redup kat dublin ni ha semalam terang benderang siap berpeluh2 kuar jenjalan semalam tiba2 pagi nih redup...sejuk...siap kena pakai long sleeve tu lar cuaca kat sni....

yg nih kita try resepi nasi temasek dengan lauk ayam berempah rasa sedappppp tak rugi ler try test kita copy jek resepi dari umah dak ika jumpa resepi kat rumah dak ika (bangkok) yang tengah bertapa kat rumah takleh kuar ala2 curfew.....sian kat ika tak lama lagielok lar tu...sabor bebanyak ya ika dolu2 kita dah merasa...skang dah aman damai... hehehehehehe






Quote:
NASI TEMASEK

Bahan-Bahan :
1 kilo beras basmathi - cuci dan toskan
8 biji bawang merah kecil - dimayang
2 1/2 halia - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris
5 kuntum bunga cengkih
2 1/2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 tin susu cair
3 camca besar minyak sapi
1 cawan minyak
2 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau, kuning dan merah untuk renjisan
sedikit badam goreng jika suka
sedikit kismis untuk ditabur

Cara-Cara :
1. Panaskan minyak bersama minyak sapi didalam periuk. Tumis bawang merah,
kemudian masukkan bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah
pelaga.
2. Apabila berbau wangi dan kekuningan, masukkan daun pandan dan beras. Goreng
beras sebentar sambil dibalik-balikkan perlahan-lahan supaya berasa tidak hancur.
Kemudian masukkan air, susu cair dan garam.
3. Tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak. Kemudian renjiskan bahan-bahan pewarna
secara berasingan dan titiskan sedikit air mawar.
4. Apabila nasi telah masak, masukkan kismis. Semasa menghidang taburkan dengan badam goreng. Siap untuk dimakan.


AYAM BEREMPAH

Bahan-Bahan :
1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong lapan atau mengikut cita rasa sendiri.
sedikit kunyit untuk mengorengkan ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
200 ml santan
3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
4 ulas bawang putih di kisar
6 cm halia di kisar
4 batang serai di kisar
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
garam secukup nya
sedikit gula (Nur tak letak)
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis

Cara-Cara :
Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.
Masukkan santan, garam, asam keping dan juga ayam.
Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net