from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 1-Jul-2010 10:54 Email | Share | | Bookmark
melaram ke b'day party ;)

 
 
ank dara kita melaram nak gi b'day party classmate arina tapi baby elok lepas dah pakai cantik2 boleh pulak dia tido...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...






Monday, 28-Jun-2010 14:17 Email | Share | | Bookmark
tauhu jepun & roti jala

 
 
 
ari tu kita gi asia market...seronok tak terkata jumpa cincau..terus kita buat air bandung cincau...lepas rindu nak minum bandung cincau kat oversea nih sedap bila buat air bandung sbb fresh milk kat sni sedap lemak berkrim pastu kita beli ler tauhu jepun 3 tiub...kita wat masak sambal tapi ala2 masam manis...sedappp kita suker..biasa tak sempat makan dgn nasi...ratah jek sodapppp cuma bila goreng tauhu jepun kena lar berlemah lembut sikit,sbb tauhu jepun nih mmg betui2 fragile

ptg pulak kita menjala...kebetulan sebab ada kuah kari ayam...kita mmg selalu mengelat bab masak2 nih bila buat kari ayam nak makan ngan nasi,selain dari ayam & kentang saiz biasa tu,kita masuk skali ayam yang potong kecik2 & kentang comel2 nak makan ngan roti jala......tu lar senang untuk kita






Quote:
Resepi : Tauhu Jepun Masak Sambal Masam Manis
Bahan-bahan :
3 tiub tauhu jepun
3 sb pes lada kering *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
* kisar halus
sos tiram
sos cili
sos tomato
asam jawa
garam & gula
Cara Membuatnya :
- tauhu jepun dipotong 1 inci tebal dan digoreng,siap masak,toskan.
- panaskan sikit minyak dan tumis pes lada sampai masak.
- masuk semua sos, asam jawa & bahan perasa.kalau pekat tambah air,buat berkuah sikit.
- masuk daun bawang.adjust ikut selera, masukkan tauhu jepun dan biarkan dalam 5 minit. siap

Resepi : Roti Jala
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan fresh milk
1 biji telur
1 st garam
sedikit pewarna kuning
Cara Membuatnya :
- Sapu sedikit minyak atas non stick pan.
- Blend semua bahan di atas dan jala atas api sederhana.
- Masak sebelah sahaja tak perlu diterbalikkan angkat dan terus lipat mcm biasa


Wednesday, 23-Jun-2010 20:20 Email | Share | | Bookmark
pulut cawan dan pasta goreng

 
 
sedappppp sesangat pulut cawan nih...selalu masa kecik mak kita mmg selalu buat...mmg buat besar cawan...haaaa makan la puas2 buat pun mudah..cuma time nak balut inti keliling pulut tu je..melekat2 kat tgn & sudu

pasta goreng tu actually resepi mcm goreng mi kuning biasa tu je,cuma dah takda mi kuning kat rumah nih,kita tukar guna pasta,sedap jugak cuma kena buat kering skit la pastu masuk sos tomato lebih skit nak kasi masam2 skit







Monday, 21-Jun-2010 22:55 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
salam semua,

lama lar pulak tak update kat sni dari 2 minggu lepas mmg kita tak cukup tido fenin...fenin...sibuk dgn aktiviti arina kat skolah & bos en asben balik m'sia for gud tapi kita pulak yg tak cukup tido biasa la mcm tu la adat duduk kat luar nih,bila kawan2 balik semua sibuk buat farewell,attend farewell invitation pastu dok makan tak berenti bos en asben nih (en sofian & wife pn arni) balik ke m'sia untuk sambung study,so kita doakan yg terbaik dalam kerjaya dia..panjang umur InsyaAllah kita jumpa lagi kalau tak jumpa kat m'sia kita doa2 lar posting sama2 kat new york ke washington ke.... berangan!!! nak pergi tempat best ajer



bersama pn arni & en sofian

group photo dgn local staff kat m'sia embassy

serahan tugas pada bos baru...cik zurina...kita yg seram tgk time nih...tugas berat tu

masa nih pukul 4.30am kat westbury hotel,dublin hantar en sofian & pn arni ke airport



kek nih mmg paras ghupanya begitu buat ala2 merekah..tapi sodapppp


Friday, 4-Jun-2010 21:51 Email | Share | | Bookmark
aiskrim goreng & puding roti

 
 
 
salam pagi jumaat yg mendung kat dublin ni

kita try buat aiskrim goreng...mmg sedap...setakat 5keping tu mmg tak cukup...arina jek makan 3keping dia sorang buat pun sonang..pasnih nak beli roti bebanyak & frozen semua aiskrim goreng nih jumpa resepi nih masa gi umah hana (jopun)....
bila dah potong roti nih bulat2 ngan acuan nih,ada byk lebihan roti,tu yg kita godek buat puding roti tak membazir & dah dapat lagi satu dessert






Quote:
Bahan-bahan:
10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa2 perisa)
Plastik wrap ( untuk balut roti)
Minyak
Cara-cara:
Lembabkan roti dengan air ( saya spraykan roti tu )
Skopkan aiskrim ke atas roti.
Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar).
Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman.Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net