from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 23-Feb-2010 15:23 Email | Share | | Bookmark
roti gebusssss

nih kita panggil roti gebusss mmg gebu...layan jek masuk tekak memandangkan en asben yg bzzzz tahap gaban,nak gi tesco beli roti pun tak sempat tu yg kita godek roti nih & ni ler arina tapau gi skolah esok bentou arina gi skolah nih mmg susah skit,sbb selera dia yg memilih....cikgu mmg check bentou yg dia bawa ari2,mmg strict tak blh bawa yg heavy,no snack,no chips,ari2 klu blh kena masukkan buah/sayur dlm bentou arina


roti gebusss nih sedap makan kosong,leh cicah ngan teh O' & paling sedap cicah ngan kari


Quote:
Resepi : roti gebus
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum (menggunung)
1 sb yis kering
2 sb susu tepung
2 sb gula kastor
1 sb lemak sayuran
2 sb bread softener
1 sb bread improver
1 st garam
170ml air suam
Cara - cara :
Kita guna kneader machine,jadi masuk semua sekali kecuali lemak sayuran & air suam. Gaul biar sekata. Masuk pula lemak sayur,gaul rata lagi. Masuk air suam & uli hingga adunan lembut,sekata & tak melekat di tangan. Perap 45minit/naik 2x ganda,tumbuk doh keluarkan angin. Bentukkan semula doh ikut saiz yg kita suka,perap 45minit. Bakar 160degree 15-20minit.


Monday, 22-Feb-2010 13:34 Email | Share | | Bookmark
kuih keria & cek mek molek

kuih keria nih kita buat utk minum petang tapi sbb sni still sejuk sejat...minum petang kul 5.30pm tapi kat luar dah gelap gulita
resepi nih dah lama kita simpan tapi nak tunggu mood nak uli kuih nih..adoiiii la liat betuiiii bila dah siap,makan bukan main lagi...hehehehe....utk resepi nih kita guna untuk godek kuih keria & kuih cek mek molek bezanya tambah gula jek kat dalam,kan sonang kereja tapi kat sni kan ubi keledeknya kaler kuning terang benderang!!! mayb kita yg tersilap pilih ubi keledek sbb kat sni ada 3-4jenis ubi keledek...spesis terang benderang nih sedap kalau goreng celup tepung cicah ngan sambal kicap nnt kita beli ubi keledek cap lain pulak




Quote:
Resepi : kueh keria,quinnie@myresipi.com
Bahan-bahan ( 15 biji ) :
500 gm keledek (saya buat keledek merah + putih)
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air
Cara-cara :
keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
toskan keledek dan lecek hingga lumat.
campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah dianggkat.


Sunday, 21-Feb-2010 20:02 Email | Share | | Bookmark
Chicken varuval

nih jalan2 umah love,jumpa resepi ayam nih...chicken varuval sgt sesuai utk kita yg mmg suka masak ala2 bullet train resepi nih simple,senang jek nak godeh & rasa pun sedap kalau boring2 goreng garam & kunyit boleh try resepi ni love,kita tepek resepi nih kat bawah eh


Quote:
Resepi : Chicken Varuval,http://love2cook-msia.blogspot.com/
Ingredients :~
1 whole chicken ~ cleaned and cut into smaller pieces
3 tbsp garlic-ginger paste
2 tbsp chilli powder ( may also add some curry powder)
1/2 tsp turmeric powder
8 dried chillies ~ cut into pieces
2 onions ~ sliced/cut into rings
2 sprigs curry leaves
2 lemongrass ~ crushed
1 pc cinnamon stick
2 pcs star anise
2 pcs cardamoms
1/2 tsp fennel seeds
1/2 tsp cumin seeds
1/2 tsp grounded blackpepper
salt to taste
oil for frying
Cooking Method :~
Marinate chicken pieces with garlic-ginger paste, chilli powder, turmeric powder and salt for 20 mins.
Heat oil in wok, fry marinated chicken till cooked and set aside.
Reduce the remaining oil. Sauté cinnamon stick, star anises, cardamoms, fennel and cumin seeds till fragrant. Add the sliced onions, dried chillies, lemongrass and curry leaves. Stir till they turn light brown.
Add the fried chicken, blackpepper and lil salt. Mix together. Dish out.


Thursday, 18-Feb-2010 14:49 Email | Share | | Bookmark
sotong tom yam & ayam celup tepung

kali nih resepi sotong pulak en asben kita nih mmg masalah negara bab lauk sotong nih... kalau tak masak sambal dia suka yg celup tepung aje ni lagi satu resepi sotong yang en asben leh layan sotong masak tom yam & pada tekak kita sedap....

pastu resepi lagi satu nih kita try test ayam celup tepung & sukaaaa sgt dgn resepi yg nih...rasa ala2 kfc suker...suker...dah ler rindu gler ngan kfc m'sia....nyum nyum nyum





Quote:
Resepi : Sotong Goreng Tom Yam,ekhfa@myresipi.com
Bahan-bahan ( 4 org ) :
300gm / 5-6 ekor sotong sederhana besar
1 labu bawang besar - mayang
1 inci halia - mayang
5 biji bawang putih - mayang
3 batang serai - ketuk
daun limau purut
cili api
sos tiram
kunyit & garam
minyak masak
Cara-cara :
Sotong dibersihkan, dipotong ikut suka kemudian diperap dengan sedikit garam dan kunyit.
Bawang besar, bawang putih, halia dan serai ditumis dalam kuali hingga layu dan naik bau. Masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau sekejap, tutup kuali dan perlahankan api.
Setelah dibiarkan selama 3 minit, kacau lagi. masukkan daun limau purut, cili api dan sos tiram. Kacau lagi. Apabila kelihatan agak masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Kadang2 saya masukkan sayuran seperti tomato & carrot dlm masakan ini. Dan guna daun bawang utk hiasan. Terpulang pada citarasa masing2.

Resepi : Ayam Celup Tepung
Bahan-bahan tepung (disatukan) :
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
sedikit serbuk kari daging
sedikit garam
sedikit jintan halus - powder
sedikit jintan kasar - powder
Bahan-bahan lain (disatukan) :
1 biji telur
1/2 cawan fresh milk
Cara Membuatnya :
Golekkan ayam dalam campuran tepung,keluarkan. Celup pula dalam campuran telur,keluarkan. Golekkan sekali lagi dalam campuran telur. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga masak.


Wednesday, 17-Feb-2010 12:10 Email | Share | | Bookmark
mackerel bakar & ayam paprik kelantan style

menu utk lunch.....ikan mackerel kita bakar cicah ngan air asam & lagi satu menu ayam masak paprik tapi yg nih kelantan style. mackerel bakar nih kita try resepi yg siap ada sambal & pada tekak kita lepas dah try test lagi sedap kalau makan dgn kicap yg dipotong bawang tambah cili api & perah asam limau
lauk lagi satu nih ayam paprik kelantan style,mmg dah lama simpan resepi cuma bila ler nak buat so kita godek ler ari tu...pada tekak kita nih rasanya lebih kurang mcm ayam masak cili padi cuma takda santan & ditambah daun limau purut,tapi mmg sedap tak rugi mencuba resepi nih





Quote:
Resepi : Ikan Bakar dr MyResepi,junjs11 (resepi asal dr kak liza)
Bahan-bahan ( 3-4 org makan ) :
1 ekor ikan (bawal/merah)
1 serai-diketuk
daun limau purut-dihiris
air asam jawa
daun pisang dan aluminium foil
bahan2 kisar:-
@5 cili merah
@5 cili kering
@5 cili api
@5 biji bawang merah
@3 ulas bawang putih
@3 batang serai
@garam
Cara-cara :
panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam. letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

Resepi : Ayam Paprik dr MyResepi, tokey besar MyR k.yani
Bahan-bahan ( 2 orang ) :
1/2 ekor ayam
[ Bahan kisar ]
1 inci kunyit
2 batang serai
10 biji cili padi
3-4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
sedikit belacan
[ Bahan hias ]
4 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
sedikit garam, gula dan perisa
1 keping asam keping
Cara-cara :
Bersih ayam dan potong kecik-kecik. Lumurkan dengan sedikit garam.
Goreng ayam sehingga separuh masak
Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing
Masukkan ayam, asam keping, daun limau purut, bawang besar, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
Masak sehingga ayam masak sepenuhnya


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net