from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Friday, 5-Mar-2010 09:54 Email | Share | | Bookmark
roti sosej & simple pasta

last week punya projek nih...try resepi roti isi sosej & pasta bolognese yg simple tu utk arina. bolognese tu mudah sgt nak buat kita tak tepek resepi roti sosej tu mmg kita suka kaler camtu,lepas dah masak kita peram jap dlm oven,suka kaler gelap2 skit..hehehehe




Quote:
Resepi : roti sosej mini,yani@myresipi.com
Bahan-bahan ( 16 biji ) :
140ml air
20g telur
250g tepung roti
20g gula
4g garam
25g mentega
3g (1 sudu kecil) dry yeast
8g susu tepung
8 btg sosej(bagi 2= 16btg)
susu segar utk sapu di roti
Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pd breadmaker untuk buat doh roti
Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. (Sosej tak terlindung pun takpe. Bila dan kembang nanti akan lindung semua bahagian sosej tu.) Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda. Boleh juga guna oven- 40C selama 30 minit.
Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.


Wednesday, 3-Mar-2010 12:42 Email | Share | | Bookmark
farewell dinner

mlm tadi kita pergi farewell dinner,hosted by m'sia embassy untuk ambasador yg akan balik ke malaysia pertengahan bulan mac. ambasador balik ke malaysia setelah tamat perkhidmatan di dublin,ireland. pagi nih kita sakit kaki,sakit pinggang berdiri dari pukul 4ptg sampai 11.30mlm mmg betul mcm nak tercabut kaki!!! semua function kat dublin nih kebanyakannya makanan yg disediakan secara 'finger fuds' mudah & ringkas. menu mlm tadi ada sate,udang butter,kebab,bebola isi ketam & minuman sejuk.oleh kerana kepenatan bersembang sambil berdiri kita sempat snap beberapa keping gambar itu pun masa tetamu baru sampai,bila hall dah penuh,kita sibuk chat terus lupa nak ambik gambar

yang paling seronok,malam tadi kita jumpa semula ex classmate (sanjay) masa kita kat high school,lepas 14thn!!!! really surprise jumpa kawan kita tu kat sni wat a small world!!!!kwn kita tu dah lama kat sni,almost 10yrs....study.....complete chartered & skrang kerja kat sni so lepas nih nak berjalan kat ireland nih senang lar dah ada guide















Tuesday, 2-Mar-2010 18:32 Email | Share | | Bookmark
projek karipap & clams-pollure

jap lagi nak kena godek inti karipap...ada kawan kita kat sni,nak sangat belajat buat karipap....mintak tolong kita ajarkan!!!!!!!!!!!! alahaiiiiii kita wat karipap pun ala2 markah cukup makan!!! hahahahaha....takpa la kita tlg ajar apa yg patut....bila dia sll buat,nnt dia terror ar

yg kat bawah ni pulak,spesis makanan laut (nisa yg tanya nih) ari tu en asben balik dari golf & singgah kat tempat jual makanan laut kat pelabuhan,kita order ler kepah@lala dan yg sewaktu dengannya,so en asben jumpa clams-pollure,kita rasa nih pun spesis lala tapi yg nih lala dok oversea rasa lebih kurang mcm lala cuma lala lagi sedappp & manisss resepi yg sama kat bawah nih kita guna utk masak kerang & ketam.




Quote:
Resepi : Lala rebus
lala - cuci bersih
bawang putih - diketuk
bawang besar merah - mayang kasar
sos tiram
garam
- bahan dititik -
serai
lengkuas
halia
Cara Membuatnya :
Masukkan lala dalam periuk,masukkan juga air hingga menutupi lala.
Masuk kesemua bahan lain & tunggu air gelegak.
Lala dah masak bila kulit semua terbuka.Makan masa panas2...best,lagi sedap dgn sambal kicap


Sunday, 28-Feb-2010 10:46 Email | Share | | Bookmark
rich choc oroe brownies

salam pagi ahad yg terang benderang kat dublin ni haaaa
cuaca sungguh aman damai dgn matahari terang benderang...syok betul jumpa matahari kat dublin ni...hehehehehe
ok cuaca dah elok,kita tgk pulak gambar oroe brownies. lepas jenjalan umh kengkawan ramai pulak yg godek oroe brownies nih,nmpak ingredient sedap & gambar mmg lar menarik hati,kita try lar buat sikit. mmg sedap sesangat,thanx along share resepi nih....klu ikutkan hati blh abis setengah loyang tu kita ngadap sorang dah ler brownies mmg dah cukup rasa cekelat,kita tambah pulak dgn aiskrim & whipping cream pas nih kalau naik 3kg jgn bebel yer!!! tak caya brownies nih sedap glerrr tgk ler aira makan brownies nih beria2







Quote:
Resepi : Rich Oroe Choc Brownies,alongroz,http://homekreation-recipes.blogspot.com
INGREDIENTS:
225g/8oz Butter
240g Cooking Chocolate
3 Large Eggs
1 tsp Coffee Powder
1 tsp Essence Vanilla
250g Castor Sugar
60g Flour*
40g Cocoa Powder*
1/2 tbsp BP*
1 tsp Salt* (* mixed together)
1 1/2 packs Oreos Cookies - break & mix with 15g Flour
(1 pack = 137g but no need to be so accurate)
METHOD:
1. Melt chocolate & add butter.
Stir until smooth.
2. Whisk eggs, coffee, EV & sugar until smooth.
Add in chocolate mixture & stir well.
Fold in flour mixture until well mixed.
Finally fold in Oreos.
3. Bake 170C for 45 min.


Wednesday, 24-Feb-2010 22:18 Email | Share | | Bookmark
cupcakes coklat & sotong celup tepung

cupcakes coklat nih simple sgt nak buat...masuk2 bahan dlm mangkuk,gaul sebati masuk dlm tray..bakar... dah siap...kita sukerrrrrrrr cupcakes kalau kat rumah nih mmg takyah touch up...mmg selamat laaaa sofa kat family room tu

sotong tu pulak kita try godek cara lain,kali nih sotongnya lepas digoreng nmpak mcm debab2 mcm tuan dia & sampai ke mlm sotong nih still lembut

esok pulak hari bz sedunia,kita invite kengkawan dtg makan kat rumah...sbuk la kita bersilat berkarate kat dapur nnt2 kita tepek la gambo....tu pun klu sempat nak bergambo




Quote:
Resepi : sotong celup tepung
- bahan disatukan -
6 sb tepung gandum
3 sb tepung jagung
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk kari daging
sedikit garam
sedikit lada sulah
- bahan disatukan -
1 biji telur
1/3 cawan susu segar
Cara - cara :
Sotong dipotong & di toskan. Golekkan dalam bancuhan tepung dan kemudian di celup dalam bancuhan telur. Goreng dalam minyak panas & sekejap sahaja


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net