from dublin with luv

By: norhafiza mohammad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 2-Aug-2010 12:24 Email | Share | | Bookmark
roti sosej & mix vege

 
 
 
View all 4 photos...
ingat lagi masa zaman kita sekolah dolu2 selalu makan roti sosej & mix vege nih...mmg sedap sesangat....masa dolu2 roti nih sekeping dalam RM1.50 klau dok m'sia kan senang nak cari...tapi kat sni kena ler godek sendiri ya puas hati dpt makan roti nih,rasanya dah lama kita tak makan roti nih,bila nmpak kawan kita tepek gambar roti nih kat FB...uihhhhh terus berkobar2 semangat wat roti nih






Quote:
Resepi : Roti Sosej & Mix Vegetable
Bahan Roti :
2 cawan tepung high protein
2 sb yis segera
1 sb bread improver
1 sb bread softener.
1 biji telur
1 st garam
3 sb gula
5 sb butter cair
100 ml fresh milk - suam
Bahan Hiasan :
sosej - potong nipis
mix vegetable - kacang peas,jagung,carrot etc.
mayonis
sos cili
sos tomato
Caranya :
Gaul rata tepung,yis segera,improver & softener. Masukkan telur,garam,gula & butter cair, gaul rata.
Masuk fresh milk sikit2, uli sampai doh tak melekat di tangan. Kalau doh keras lagi,tambah lagi fresh milk
Uli (20minit) hingga dapat doh elastik.
Tutup doh dgn tuala di tempat panas & perap selama 40minit.
Keluarkan doh & tumbuk2 untuk keluarkan angin.
Canai doh setebal 3cm, bentukkan doh - bulat etc.
Sapukan permukaan doh dengan sos tomato.
Letakkan sosej & mix vegetable. Perap lagi selama 30minit.
Bakar 150degree selama 20minit.
Bila dah masak, letakkan mayonis & sos cili. Siap
p/s : roti nih tahan selama 3hari, simpan di dalam bekas bertutup
kat dublin nih,sentiasa sejuk beku jadi kita panaskan dulu microwave 5minit & perap doh roti dalam tu


Friday, 30-Jul-2010 11:43 Email | Share | | Bookmark
sizzling mee

 
 
kita nih teragak nak makan sizzling mee tu yg sanggup godek mee kuning resepi nih sepatutnya guna yee mi tapi dah darurat kan kat sni tu yg kita guna mee kuning...not bad..still sedap

sedapppnyaaaa sizzling mee nih...lama betul kita tak buat..bila dapat makan...fuhhhh puas hati sizzling mee nih kena makan time panas2 tu,kalau tunggu sejuk tak sedap la..mee dah kembang silakan menjamu mata ya




Quote:
Resepi : Sizzling Mee Kuning
Bahan :
300 g mee kuning
100 g isi ayam
4 ulas bawang putih - tumbuk lumat
1 inci halia - tumbuk lumat
1 kiub ayam
1/4 st minyak bijan
2 sb minyak masak
4 sb sos tiram
2 sb sos cili
2 sb kicap pekat
2 sb kicap manis
1 cawan air panas
sayur - carrot,capsicum,sawi etc.
5 keping shitake mushroom - rendam 15minit dengan air panas
1 sb tepung jagung bancuhkan dengan sedikit air
2 sb serbuk lada hitam
Caranya :
Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk lumat hingga kekuningan.
Masukkan ayam dan kiub ayam.
Masuk sos & kicap dan lada hitam. Bila pekat tambahkan air panas. Kalau tawar blh tambah skit garam.
Masuk sayur dan gaul rata. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.
Masukkan mee kuning,gaul rata dan masukkan minyak bijan,masak dalam 5 minit. Siap


Thursday, 29-Jul-2010 11:25 Email | Share | | Bookmark
projek mee kuning

 
 
kita berprojek mee kuning..setelah mencari mee kuning kat tesco tak kunjung tiba berbaloi buat mee kuning nih....tepung guna skit je...tapi dapat banyak ank dara kita rajin tolong gelek tepung guna pasta machine



Quote:
Resepi : Mee Kuning
Bahan :
300g tepung gandum
1 biji telur
1 st garam
100ml air
1 st air kapur
pewarna kuning
minyak
Caranya :
Campurkan air,telur,garam,air kapur & pewarna kuning. Kacau sebati.
Masukkan tepung dalam mangkuk dan masukkan bancuhan air & telur sikit2.
Uli hingga adunan tak melekat di tangan sahaja,jgn terlalu lembik.
Masak air dalam periuk besar untuk rebuskan mee kuning,tambah 1sb minyak masak.
Canai tepung nipis & potong guna pasta machine.
Kalau nak mee kuning nih besar2, canaikan tepung tebal tapi kalau nak mee tu kecik canai nipis.
Bila dah siap, rebus mee kuning dalam air panas tadi.
Bila mee kuning dah menggelapung naik ke permukaan, dah masak la tu.
Toskan dan jirus dgn air sejuk. Biarkan mee kuning kering sedikit dan tuang 3sb minyak zaitun. Gaul rata.
Simpan dalam plastik dan letak dalam fridge. Mee ni boleh tahan selama 5 hari.


Tuesday, 27-Jul-2010 08:35 Email | Share | | Bookmark
bubur kacang & karipap

 
 
minggu nih bz sket, ada kerja nak kena siapkan & ada aktiviti perwakilan tu yg rancangan tergendala sebentar nak masuk gambor dalam nih
menu minum ptg...sesekali mkn bubur kacang...sedapppp....selalu buat lebih,masuk dlm fridge esoknya mkn sejuk2 lagi best
karipap mmg peberet ler kat rumah nih...kalau buat 1/2 kg tepung tu mmg tahan utk seminggu je la





Sunday, 25-Jul-2010 11:58 Email | Share | | Bookmark
daging dengan salad

 
sekali sekala makan salad & daging biasa la nih bila takda mood nak masak nasi...hehehehehehehe



Quote:
Resepi : Daging Bakar dengan Salad
Bahan Daging :
300g daging
kicap manis
kicap pekat
sos tiram
serbuk lada hitam
minyak masak
Caranya :
cucukkan daging & perap daging dengan bahan2 di atas selama 2jam.
grill sampai masak,cover dengan aluminium foil. Dah siap potong nipis.
Bahan Salad :
salad2 berdaun etc.
tomato
lemon dressing / perahan lemon
gula perang
sos ikan
Caranya :
gaulkan lemon dressing,sos ikan & gula perang hingga gula sebati.
gaulkan pula dengan salad & tomato.
susunkan salan dalam pinggan & atur daging di atasnya.Siap


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net